klik untuk lebih hebat!!

Khamis, 31 Mei 2012

RODA-RODA KUALA LUMPUR......


Roda-roda kuala lumpur ....ternyanyi kejap lagu cerita tu.
Hidup kitekan umpama roda.Sekejap di atas sekejap di bawah.Tak perlulah nak sombong tak bertempat,nanti bila kita di bawah tiada siapa yang di atas nak hulurkan tangan.Me takdelah nak tujukan kepada sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri jugak:)) Kadang kita lupa,adakalanya kita 'sombong' sekejap dengan orang tue,tuptup dia yang tolong kita.Masa ni mulalah rasa serbasalah tidur pun tak lena .Kadang orang tue sombong ngan kita,mulalah kita rasa naik  sampah menyampah kat orang tue.Lepas tu mulalah sesi nak berbalas dendam.Takpe ini hari kau,esok-esok taulah kau Haish,manusiakan rambut sama warna,tapi hati lain-lainkan.Payah kiter nak duga hati orang lainkan?..

Bila berblog tentang anak...

Assalamualaikum..


 Hewhewhew lama me tak berblog..kebusyan melanda dengan tugas-tugas yang bertambah.Orang yang dah kahwin ada lagi anak-anak   bilis kecil,memang payah nak bahagikan masa.Respect betulla ngan blogger-blogger otai yang punya kekangan masa tapi still berblog setiap hari.Orang kata tuah ayam nampak dikaki tapi,tuah  manusia tiada siapa yang tahu..sudah rezeki Nazmi Faiz dapat bermain dengan kelab luar dan khabarnya dapat bayaran bulanan yang lumayan jugak.Hurm,harap bila berada   di atas ,janganlah lupa segala-galanya..kerana DIA kita berjaya.








Inilah anak me yang ke 3,yang selalu kacau masa yang dah sedia tak berjalan ok :)) jangan marah baby ek..umi gurau je.Paling suka bila anak kecil tenyum,time tu rasa nak gigit jew..tipulah dah gigitpun.
Meh tengok plak time dia jadi bolatt

Time ni rasa nak peluk ketat-ketat..hahaha inilah istimewanya ada anak,Dia penyeri hidup kita time kita tak happy.Iya kan..

 Tapi,janganlah lupa plak nak dapat baby yang sihat,kita kenalah makan makanan yang berkhasiat.Jangan tibai semua je,nanti dapat sakit lain plak.Kebetulan time me tulis ni ada satu iklan pasal susu ANMUM Materna yang telah diperbaharui..for me susu ANMUM MATERNA yang paling sedap berbanding susu materna yang lain.Tapi lain orang lain rasanyakan?.Selain daripada tu,janganlah stress time preggy nanti anak tak aktif.Yang susah hati,kita jugak.Ni cuti sekolah ,mesti banyak majlis kahwin kita pergi..jangan makan yang berminyak,berlemak and so on plak dgn banyak..TAUKAN ???
Anmum Materna








Selasa, 29 Mei 2012

ADAKE CAMNI PUNYA ORANG?

Ada ke patut seorang pemimpin beragama islam yang mengakui malaysia agama rasmi islam yang katanya memperjuangkan islam mengundang artis luar untuk pengisian  rohani para belia...patutnya pemimpin kita berfikir dulu kesan kalau kita mengajak artis itu untuk membuat persembahan.Bukan itu yang sepatutnya anak muda kita dapat..patutnya dengan pengisian yang islamik.Bukan boleh pahala pun,dosa lagilah dapat.Kau buat,kau akan tanggung nanti kat akhirat.Me harap,siapa-siapa yang di luar sana tu bukalah mata untuk menilai siapa yang sebenar-benarnya layak untuk memimpin kita...perlu diingatkan pemimpin seharusnya memimpin kita kearah akhirat ,secara automatiknya memimpin kita di dunia.Janganlah kita pekakkan telinga butakan mata hati kita untuk menerima ajaran islam yang sebenarnya.Kita hidup bukan di dunia,malah di akhirat juga.Janganlah kita menerima bala baru nak berubah..masa tu kita tak tahu bala apa yang akan kita hadapi.Sesungguhnya,azab ALLAH itu amatlah seksa .Oleh itu,berubahlah kita kearah kebaikan.

Isnin, 28 Mei 2012

Dulu lain sekarang dah lain ..

Banyak pula citer di pagi ni yg nak dikongsi.Sesiapa yang nak pergi wakaf che yeh,fikir 2 3 kali ok.Sebabnya,harga barang kat sana dah mahal kadang-kadang kalau kita beli tempat lain lagi murah.Kalau kita bawa orang bukan kelantan,memang dia akan bagi harga yang betu-betul kawtim punya.Macam terjadi dekat anak saudara belah hubby,dia orang luar...nak jadikan cerita harga baju yang nak dibelitu dia tulis rm10,tapi sebabkan anak saudara tu orang luar dia jual harga rm40.Ha,amik kau..pesanan kat sini,pasar wakaf che yeh tak serupa dulu-dulu dah.Buat peniaga kat sana,janganlah jual barang dengan harga mahal,sedangkan barang tu kalau beli dekat lain murah lagi.

Ukur baju dibadan sendiri...

  
 




  Assalamualaikum..


Ini bukannya tajuk untuk kita belajar menjahit..tapi itu adalah ayat yang kita acapkali dengar-ayat terlalu skemake?hewhewhew...hurm,pepatah melayu memang terlalu dalam maksudnyakan?boleh 'pergi banyak cabang'kan?pertama-tama kalinya kita nak cakaplahkan...dah memang tajuk macamtu,kitani bila jejalan kat mana-mana asyiklah terlihat orang pakai tak cukup kain.Tapi,kalau dia bukan islam,itu lain ceritalahkan.Me bukan nak tunjuk baik...sekurang-kurangnya pakailah pakaian yang sopan sikit.Sebab,kita mencerminkan diri kita.Lebih-lebih lagi nama kita punyalah islamik.Kalau kata tak mai hidayah lagi,kitala yang kena carinya,benda ni takkan mai sendiri..macam kita nak makanlah,adake dia mai sendiri?Biar terpaksa lama-lama kita akan terbiasa..dan hidayah akan datang  meresap ke dalam jiwa kita..INSHAALLAH.Korang mesti akan kata macamni,alah orang pakai tudungpun ada yang buat maksiat.Ya,betul tapi kita bila sentiasa niat kerana ALLAH,inshaALLAH tuhan pasti lindungi kita.P/S:Tak cukup kain tu termasuk skali ngan kepalala  :)) Nak kata kolot bila berpakaian menutup aurat,seriously sekarang ni dah berlambak orang jual pakaian 2yang cantik giler walaupun kita masih menutup aurat.

Yang kedua pulak..kita kenalah sedar diri sikit."eh,aku memanglah dah sedar diri"yake?:)tapi bila keluar gambar ni lepas google,serius lawaklah jugak 



kredit macammacamhal.com


 

Khamis, 24 Mei 2012

Apa itu sold.my

Exciting deals at Sold.my! Enjoy popular products at 80-90% off!!!




 Bebehari yang lepas,en.somi ada beli paper,baca baca punyalah baca ternampaklah dua pages pasal
 sold.my.Menarik bagi me sebab kita boleh beli barang dengan amat murah,tapi......kita mestilah register dulu kat situ.Barang kat situ kita mestilah membida dulu.Ada beberapa syarat sebelum kita nak bida.Tapi,kena pastikan kita ada akaun online macam cimb click atau kad kredit.Hurmmm,menarikkan ..tapi kita tak pandailah nak bida bervida:)) Perasaan teruja ada sama dengan keinginan.Huh,bestkan.Ni cuti sekolah,mesti ramai yang akan buat majlis macam bertunang @kahwin atau sambutan harijadi,mesti nak guna hadiah atau barang,apakata try dengan sold.my.Kalau ada rezeki,bolehlah kita,tapi kalau tak....:)) Buat sesiapa yang nak ke mana mana atau nak buat apa,moga selamat semuanyaya.Mulakanlah setiap perbuatan kita dengan lafaz basmallah.

Malang tidak berbau

Salam...selamat pagi di hari khamis.'Malang tidak berbau'..ayat tu kita acapkali dengarkan..tapi itulah hakikatnya...memang kita takkan terbau atau terhidu bila musibah akan berlaku...sama jugak bila kejayaan kita akan datang.Itu sebab orang tua-tua ada pesan waima sahabat-sahabat nabi*dalam penceritaan 12 sebab kita kena kejutkan orang*ni salah satunya 'jangan tidur di awal pagi'kerana rezeki dibahagi-bahagikan masa itu.Sama jugak nasib malang akan berlaku...sedap-sedap kita bertempuk tampar orang*BERGEMBIRA*kita mana tahu lepas ni kita atau orang lain akan menemui musibah atau sampai ajalnya.Punyalah macam katak bawah tempurung tuan punya blog ni,baru terbaca berita pasal kereta LANCER VS INSPIRA ...moga rohnya tenang di alam sana.Kalau boleh,ingat-ingatlah orang yang tersayang masa memandu ,ini kerana perbuatan kita akan menerima kesan kepada kita atau orang lain.Tapi apa yang me faham,tuan punya kereta inspira yang 'mencucuk'kereta lancer..tak dapat nak bayangkan bila kita lihat kemalangan tu.Arwah tu telah meninggalkan anaknya yang baru berusia 6 bulan...semoga keluarga arwah tenang dan menjaga seorang bayi yang sudah bergelar anak yatim piatu dengan kasih sayang.Ya Allah,lindungilah bayi itu agar dia dapat membesar dengan baik dan menjadi orang yang beriman.Kita pula macamana kisah perjalanan hidup kita?Sempena di bulan Rejab ini,perbanyakkanlah istighfar kita dan lakukan solat sunat agar berolah manfaat yang telah dijanjikan oleh ALLAH...
Nak baca kisah tu klik kat sini>blogkongsakongsi

Rabu, 23 Mei 2012

^^Bila kehendak menjadi keperluan^^

pikir macamane mau cari duit manyak ooo.....
Korang ada tak macam apa yang me cakapkan? Kalo dulu-dulu mungkin ianya hanyalah kehendak tapi bila masa makin ke depan mungkin akan merubah situasi..tak caya,cer ingat balik sekeliling kiter.for me,tajuk kat atas tu merujuk kepada belajar memandu ,ikutlah belajar memandu apapun.Bagi diri tuan punya blog,belajar bawa motorsikal dah pandai cuma kena belajar bawa kereta plak.Anak dah 3 orang plak tu ada sorang yang masih kecil ,memang menuntut diri kite pandai bawa kereta.Kalau jadi apa-apapun,mudah kita nak handle situasi.Lagipun,buat apa nak tangguhkan masa belajar memandu kalau kite dah boleh belajar,lagipun yuran makin lama makin naik.Itu semua akan sebabkan kite keluarkan duit laaagi banyak ooo...kali ni nak belajar ngan abe ipar ,die cikgu memandu kat kotaraya   .Korang just cklick ju kotaraya kalau nak tahu info-info pasal tu.                                                                                                                                                                                             

Selasa, 22 Mei 2012

Rambut sama warna,hati pedal lain-lain


pisang goreng yang enak.

 Rambut sama warna,hati pedal lain-lain...apa kaitan ngan entry?ada...ni nak kamu semua tahu bhwa cara ajal kita lain-lain setiap orang ,that means kita mati sebab ape walaupun sudah sampai masanya..ada sesetengah orang meninggal kerana tak cukup makanan,tak cukup gizi tapi kita pulak terlebih makan adelah hua,hua,hua...termasuklah saya.Kadang-kadang insaf kejap lepas habis makan tapi sekejap aje.Lepas tu tibai plak air manis yang sejuk.Hurm,best tak ingat dunia.Air masak kurang minum.Godaan syaitan telah berjaya menghasut diri kita untu makan,makan dan makan  tanpa rasa bersalah.Betul sangatlah tu..alasan taknak diri dipersalahkan.Itula sebab,orang lain mati kadang-kadang pasal tak cukup makanan,tapi kita?Takkan  kita nak jadi seperti sebelah..cute tapi sadislah plak cara kucing tu mati..kalau kucing boleh mati camtu,kita?
Gambar kucing gemuk
cutekan?










salam geng....mekasih yo sebab sudi baca blog ni.Pertama kali takde apa-apa nak tulis sangat sebab takde idea,ini kiranya mukadimah dulu ye...^^petang tadi ada masuk blog en BENASHAARI pasal  BUBBLES TEA.lihat tu uish,menggugat iman nak jugak try..kalau kat kota bharu yang femes coolblog je.nanti kalau ada kat kota bharu wajib dicoba..awak-awak semua dah try ke bubbles ni?