klik untuk lebih hebat!!

Isnin, 2 Julai 2012

ULSER MULUT DAN HIKMAHNYA..

mouthulser Petua Ulser Mulut
macam nilah bentuk ulser

            Dua tiga hari ni,suami saya mengadu sakit ulser di pipi.Rasanya berdenyut-denyut.Katanya,dalam banyak-banyak kali naik,yangni paling sakit betul.Saya rasa,semua orang dalam hidup mesti kena sekali ulser ni.Ulser,mata ikan  atau lompangan tu semua merujuk pada benda yang sama
.Ulser ni dia berwarna putih,tapi akan berubah ke warna kuning bila ada nanah.Sakitnya yang amat sekali,sampai nak makan pun takde selera.Dengan kita -kita sekali takde selera sebab makan makanan sama macam orang sakit ;-) Tapi jangan risau ,dalam2,3 minggu benda ni akan sembuh jugak.Tapi,kalau tak sembuh juga,baik jumpa doktor.
Diantara sebab yang menyebabkan ulser adalah kecederaan lapisan nipis dalam mulut,terkena air panas,perubahan hormon,kurang vitamin B12,asid folik,zat besi dan juga stress.Agak-agak,suami saya pasal apa terkena ulser?
Tapi jangan bimbang,banyak petua yang dapat merawat ulser.Tapi suami saya cuba berkumur dengan air garam.Nak letak garam kat ulser tu, rasanya memang taklah.Boleh jugak letak bonjela.Kalau boleh,makanan panas,pedas tu elakkanlah dulu.  Banyak sebenarnya lagi nak rawat ulser.Boleh letak marjerin dekat ulser.Yang ni memang tak sakit.Boleh juga letak sedikit asam keping dekat situ.Kumur dengan ubat kumur macam listerine.Sakit camnapun,gigi kena digosok dan jaga kebersihan gigi.Kang,bonjela letak,kumur ngan air garam,tup-tup gigi tak gosok.
Bila jadi camni,aktiviti mulut pun berkurangan Secara tak langsung,kita akan bercakap apa yang perlu.Dapat mengelakkan daripada mengumpat pasal orang...hurm,ada hikamah sebenarnya.:-)




Ahad, 1 Julai 2012

NAK PUASALAH KITA..

Gambar Kartun Comel Berunsur Islam


Assalamualaikum..

Diam tak diam ,kita makin ke permulaan bulan puasa..eloklah kita call-call orang ke,mesej ke minta maaf banyak-banyak.Bukan tunggu nanti bulan syawal,baru nak minta maaf.
Kalau kita minta maaf ngan orang sebelum bulan puasa,lagi elok..moga-moga amalan kita di bulan puasa tidak tergantung begitu saja.
Jom kita ubah persepsi ni..jangan ingat air pepsi plak..huahuahua.


Sabtu, 30 Jun 2012

KITA MAKIN KE DEPAN

Assalamualaikum..

Hewhewhew,lama betul tidak masuk kat sini.Adake pembaca blogg ini?Ayat  tidak mahu skema sesangat ,ok!Mesti,korang bagi pembaca lelaki tengok kat perut  ;-).Orang lelaki bila kedepan,perutlah yang maju dulu.Bukan nak cakap pasal perut,ok..

Sejak dalam perut(duk dalam perut 9@10 bulan),lepastu lahir,jadi kanak-kanak,remaja ,dewasa,tua lepastu kita meninggal.

Sedar tak sedar,apa yang kita kecapi,usaha...kejar ilmu,pangkat,duit ,itu semua makan bertahun-tahun.
Kadang-kadang kita tak perasan yang kita ni makin hampir ke penghujungnya.Ada yang sedar,ada yang tak:-(. Bila kita kejar,kejar kita dapat.Ada yang tak.Dapat tak dapat,kita haruslah syukur.Bila ada rezeki lebih,kan bagus kita buat makan-makan..;-) orangpun ingat kat kita..

Ada duit,kenalah tunaikan zakat,jangan ngelat..kan tak berkat hidup.Tapi orangni makin bijak.Upah orang tua,kanak-kanak jadi peminta sedekah.Kadang-kadang peminta sedekah ni dia terpaksa..kita yang tak jadi macamni haruslah syukur tuhan masih memberikan kita rezeki tanpa perlu jadi orang suruhan

Itu baru kat dunia,akhirat masih belum kita persiapkan diri dengan amal.Saya juga kadang-kadang lalai.Masa muda nilah kita nak belajar agama,bila tua-tua nak berjalan pun orang tolong pimpimkan.Bukannya masa muda kita enjoy,nanti tua-tua barulah belajar.Itu salah,ajal maut tak kenal usia..
Takut bila baca kisah bahwa,malaikat maut jenguk kita 70 kali sehari..


Isnin, 25 Jun 2012

KANGKUNG GORENG SEDAP

Assalamualaikum..

Saya sekeluarga bila makan nasi air kat luar,memang selalu akan order kangkung goreng ...kangkung goreng dia memang best,Rasanya letak taucu kot.Memang lepas makantu,hazab betulla..akan sendawa bau bawang putih.Angkat tangan siapa kat sini suka juga makan sayur kangkung?Memang kangkung tersangat best bila buat petis, rojak,letak dalam kuih macam ..lagi apa ek?


JOM BACA CERITANI..AGAK-AGAK MAKAN LAGI TAK?
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak
itu, namun diarhea nya tidak sembuh. 
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya
diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. 
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar. 
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.
Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Best Regards,
Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089                                ke kangkung yang tumbuh macam kat atas?


                               
                                  kalau macamni,takle kan?..



Lepasni,kalau makan kat luar,kena sentiasa ingatlahkan..yalah,peniaga kadang-kadang main belije..tapi segelintirlahkan..tak semua..ceritaini kredit kepadaAYUCINTA

Ahad, 24 Jun 2012

LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN

Diam tak diam,tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa.Bagi siapa yang belum gantikan puasatu,cepat-cepatlah ya.Kang kena ganti dan bayar fidyah.Tapi hukum Allah itu tidak membebankan manusia...hanyalah manusia yang membebankan sesama kita.Bagi orang yang uzur,sakit tenat itu semua tak perlu diganti puasa melainkan membayar fidyah.Kalau kita salah,tolong bagitahu ya.Banyak skang ni maklumat kita boleh tahu..hanya dihujung jarije.Kang ada plak,yang lurus dok tilik hujung jari:)

Nanti nak puasa,kita mestilah niatkan dulu.Kang puasa takde maknalah plak kan,betulke?
kita boleh nak niat untuk sebulanke,hari-harike..semuatu atas kita je.Tapi baik kita niat untuk sebulan teruskan.Tapi kalau korang dah angkat benderatu,kenalah niat balik ya;)
sini kita sharekan niat puasa untuk bulan puasa ya..Jom hafal bagi siapa yang tak ingat..bukan baca saja;)


                  niat untuk sebulan
niat puasa sebulan
                   Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
              
                   niat untuk harian
                    niat harian puasa ramadhan    Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

apa-apapun,terpulanglah korang nak niat puasa camnapun...nanti puasa bukan setakat  tahan nafsuje..hehehe




Jumaat, 22 Jun 2012

ADA BLOG?JOM AJAK BLOGGER LAIN SELAMATKAN PENYU

Bloggers, how many pledges to "Save a Turtle" can you get? profile image
Semua orang taukan gambar kat atastu penyu..abaikanlah walau itu gambar patung yang chumil ;)
 jom kita reramai bagitahu orang lain untuk selamatkan penyu.Seperti yang kita tahu,sekarangni penyu semakin pupus..
Hurm,nak tahu sebab apa?salah satunya kita telah mengambil telur penyu yang baruje ibu penyu bertelur..
kalau korang nak tahu,telur penyu tu orang ambil bukan nak 'peram'bagi keluar anak penyu..tapi orang makan
dedulu,kita pun pernah makan jugak..rasanya memang sedaplah berbanding telur lain,
kesian dekat penyu...dalam 1ooo ekor,lebih kurang 1 ekor je penyu dapat bertahan untuk hidup mencapai umur dewasa..
macamana penyu tak makin pupuskan?
bagi sesiapa yang suka makan telur penyu,ni ada sedikit maklumat yang berguna untuk korang..
telur  penyu mengandungi kolestrol yang tinggi,jadi siapa yang nak kena penyakit gout tu mudahler
lagi satu telur penyu mengandungi toksin,semua orangpun tahukan toksin itu bahaya?see ,ada lagi tak siapa yang kat sini nak makan?
jadi,untuk korang menolong penyuni agar makin bertambah,jom kita kempen selamatkan penyu
klik kat sini
 bagi siapa yang ada blog,jom kita pakat selamatkan penyu,manatahu nanti-nanti korang boleh dapat hadiah menarik ;)
ingat,klik kat ats tu untuk korang tolong selamatkan penyu..















 

HUKUM MAKAN TELUR PENYU

Assalamualaikum..

ingat sekali makan 'telur' yang bila dia dapat jadi seekor binatang yang macam tu...ee gelilah plak:)


    gambar dari berita harian..

masa dulu-dulu ,masa tidur rumah tokku(panggilan untuk datuk n nenek) 
diorang dulu pernahlah bagi makan benda alah ni..
rasa dia memang sedap :),kita makan je masa tu..lagipun kita kecik lagikan 
tak tau apa-apa pun.
tapi bila dah besar,tak pernah pulak pergi beli telur ni
tak teringin plak nak makan telur ni
kesian pun ada kat penyu ni..
yelah,ayam kalau dia bertelur,riuh sekampung suara ayam
tapi kalau penyu,dia senyap-senyap je lepas beranak ,lepastu pergi kambus taknak bagi orang lain tahu...:(
kita siap-siap pergi ambil plak..manusia-manusiakan
harga telur penyu ni mahal berbanding telur ayam ,itik..
tu apa yang kita tahulah:)
ada sesiapa kat sini pernah makan tak?


gambar belas kasihan dari pakcik google..


kesiannya dekat penyu..
peluang nak hidup nak jadi seekor yang dewasa 1 dari 1000
banyak sangat ancaman kepada haiwan ni..
jadi kepada kat luar sana tu..tak payahlah makan telurni..
banyak lagi telur lain yang boleh makan..:)
ada kajian telor penyu ni mengandungi kolestrol yang tinggi,hurm kan bahaya tu?
lagipun dalam telur tu mengandungi toksin...sah kalau makanni memang bawa penyakitlahkan..

dan tak lupa jugak kat bawahni kita selitkan hukum makan telur penyu:


sy ada bbrapa soklan:

1) apakah pandangan paling tepat berkenaan hukum telur penyu sedangkan setau sy penyu haram makan? atau ada konsep mana yang diaplikasi??

 Postby Abu_Umair »
1) Penyu itu sendiri ada khilaf, halal atau haram dimakan.
-Jika pendapat yang kata halal makan penyu, maka telurnya juga adalah halal. Kerana kaedah:

-Jika kita pegang penyu tidak halal dimakan, maka hukum telurnya pula dirujuk dalam masalah: hukum telur binatang yang haram dimakan; adakah halal atau haram.
Persoalan ini kami telah pun menjawabnya dalam soal jawab SJ-10-0057 : telur yg bole dimakan, jawapannya seperti berikut:


hukum makan telur haiwan yg tak dimakan

Dalam mazhab syafie, yg disahihkan dan dimuktamadkan ialah: HARUS makan telur haiwan2 yg tidak dimakan.

Sehingga mutaakhirin syafieyyah menjadikan sebagai dhabit (Kaedah), sebagaiman Suyuti berkata dalam al-Asybah Wal Nazair: "Tiada bagi kami (syafieyyah) telur yang haram dimakan. Cuma sesetengah kami mengecualikan telur ular dan telur serangga". (ms 690).

Dalil pendapat ini:

-Telur haiwan2 ini tidak dilihat sebagai jijik. Maka termasuk dalam kaedah syarak: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yg baik, dan mengharamkan ke atas mereka segala yg keji/buruk" Surah al-A'raf ayat 157.

-Telur2 haiwan yg tidak dimakan adalah suci. sebagaimana maninya juga adalah suci. Imam Nawawi mengatakan punca khilaf ialah adakah telur haiwan2 ini suci atau najis? Kalau kita kata suci, maka tiada khilaf bahawa harus dimakan.

Mazhab Hanbali pula mengatakan telur haiwan yg tidak dimakan HARAM dimakan. dalilnya:

-Kerana telur adalah satu juz daripada badan haiwan. kalau haiwan itu sendiri tidak dimakan, maka mana2 bahagian haiwan itu juga tidak dimakan. Dikuatkan dengan kaedah 'Al-Taabi' Taabi'", iaitu: Yg mengikut sesuatu, mestilah mengikut pada hukumnya.

rujukan: http://al-ahkam.net/home/index.php?name ... ic&t=33478