klik untuk lebih hebat!!

Jumaat, 22 Jun 2012

HUKUM MAKAN TELUR PENYU

Assalamualaikum..

ingat sekali makan 'telur' yang bila dia dapat jadi seekor binatang yang macam tu...ee gelilah plak:)


    gambar dari berita harian..

masa dulu-dulu ,masa tidur rumah tokku(panggilan untuk datuk n nenek) 
diorang dulu pernahlah bagi makan benda alah ni..
rasa dia memang sedap :),kita makan je masa tu..lagipun kita kecik lagikan 
tak tau apa-apa pun.
tapi bila dah besar,tak pernah pulak pergi beli telur ni
tak teringin plak nak makan telur ni
kesian pun ada kat penyu ni..
yelah,ayam kalau dia bertelur,riuh sekampung suara ayam
tapi kalau penyu,dia senyap-senyap je lepas beranak ,lepastu pergi kambus taknak bagi orang lain tahu...:(
kita siap-siap pergi ambil plak..manusia-manusiakan
harga telur penyu ni mahal berbanding telur ayam ,itik..
tu apa yang kita tahulah:)
ada sesiapa kat sini pernah makan tak?


gambar belas kasihan dari pakcik google..


kesiannya dekat penyu..
peluang nak hidup nak jadi seekor yang dewasa 1 dari 1000
banyak sangat ancaman kepada haiwan ni..
jadi kepada kat luar sana tu..tak payahlah makan telurni..
banyak lagi telur lain yang boleh makan..:)
ada kajian telor penyu ni mengandungi kolestrol yang tinggi,hurm kan bahaya tu?
lagipun dalam telur tu mengandungi toksin...sah kalau makanni memang bawa penyakitlahkan..

dan tak lupa jugak kat bawahni kita selitkan hukum makan telur penyu:


sy ada bbrapa soklan:

1) apakah pandangan paling tepat berkenaan hukum telur penyu sedangkan setau sy penyu haram makan? atau ada konsep mana yang diaplikasi??

 Postby Abu_Umair »
1) Penyu itu sendiri ada khilaf, halal atau haram dimakan.
-Jika pendapat yang kata halal makan penyu, maka telurnya juga adalah halal. Kerana kaedah:

-Jika kita pegang penyu tidak halal dimakan, maka hukum telurnya pula dirujuk dalam masalah: hukum telur binatang yang haram dimakan; adakah halal atau haram.
Persoalan ini kami telah pun menjawabnya dalam soal jawab SJ-10-0057 : telur yg bole dimakan, jawapannya seperti berikut:


hukum makan telur haiwan yg tak dimakan

Dalam mazhab syafie, yg disahihkan dan dimuktamadkan ialah: HARUS makan telur haiwan2 yg tidak dimakan.

Sehingga mutaakhirin syafieyyah menjadikan sebagai dhabit (Kaedah), sebagaiman Suyuti berkata dalam al-Asybah Wal Nazair: "Tiada bagi kami (syafieyyah) telur yang haram dimakan. Cuma sesetengah kami mengecualikan telur ular dan telur serangga". (ms 690).

Dalil pendapat ini:

-Telur haiwan2 ini tidak dilihat sebagai jijik. Maka termasuk dalam kaedah syarak: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yg baik, dan mengharamkan ke atas mereka segala yg keji/buruk" Surah al-A'raf ayat 157.

-Telur2 haiwan yg tidak dimakan adalah suci. sebagaimana maninya juga adalah suci. Imam Nawawi mengatakan punca khilaf ialah adakah telur haiwan2 ini suci atau najis? Kalau kita kata suci, maka tiada khilaf bahawa harus dimakan.

Mazhab Hanbali pula mengatakan telur haiwan yg tidak dimakan HARAM dimakan. dalilnya:

-Kerana telur adalah satu juz daripada badan haiwan. kalau haiwan itu sendiri tidak dimakan, maka mana2 bahagian haiwan itu juga tidak dimakan. Dikuatkan dengan kaedah 'Al-Taabi' Taabi'", iaitu: Yg mengikut sesuatu, mestilah mengikut pada hukumnya.

rujukan: http://al-ahkam.net/home/index.php?name ... ic&t=33478

















3 ulasan: