klik untuk lebih hebat!!

Isnin, 2 Julai 2012

ULSER MULUT DAN HIKMAHNYA..

mouthulser Petua Ulser Mulut
macam nilah bentuk ulser

            Dua tiga hari ni,suami saya mengadu sakit ulser di pipi.Rasanya berdenyut-denyut.Katanya,dalam banyak-banyak kali naik,yangni paling sakit betul.Saya rasa,semua orang dalam hidup mesti kena sekali ulser ni.Ulser,mata ikan  atau lompangan tu semua merujuk pada benda yang sama
.Ulser ni dia berwarna putih,tapi akan berubah ke warna kuning bila ada nanah.Sakitnya yang amat sekali,sampai nak makan pun takde selera.Dengan kita -kita sekali takde selera sebab makan makanan sama macam orang sakit ;-) Tapi jangan risau ,dalam2,3 minggu benda ni akan sembuh jugak.Tapi,kalau tak sembuh juga,baik jumpa doktor.
Diantara sebab yang menyebabkan ulser adalah kecederaan lapisan nipis dalam mulut,terkena air panas,perubahan hormon,kurang vitamin B12,asid folik,zat besi dan juga stress.Agak-agak,suami saya pasal apa terkena ulser?
Tapi jangan bimbang,banyak petua yang dapat merawat ulser.Tapi suami saya cuba berkumur dengan air garam.Nak letak garam kat ulser tu, rasanya memang taklah.Boleh jugak letak bonjela.Kalau boleh,makanan panas,pedas tu elakkanlah dulu.  Banyak sebenarnya lagi nak rawat ulser.Boleh letak marjerin dekat ulser.Yang ni memang tak sakit.Boleh juga letak sedikit asam keping dekat situ.Kumur dengan ubat kumur macam listerine.Sakit camnapun,gigi kena digosok dan jaga kebersihan gigi.Kang,bonjela letak,kumur ngan air garam,tup-tup gigi tak gosok.
Bila jadi camni,aktiviti mulut pun berkurangan Secara tak langsung,kita akan bercakap apa yang perlu.Dapat mengelakkan daripada mengumpat pasal orang...hurm,ada hikamah sebenarnya.:-)




Ahad, 1 Julai 2012

NAK PUASALAH KITA..

Gambar Kartun Comel Berunsur Islam


Assalamualaikum..

Diam tak diam ,kita makin ke permulaan bulan puasa..eloklah kita call-call orang ke,mesej ke minta maaf banyak-banyak.Bukan tunggu nanti bulan syawal,baru nak minta maaf.
Kalau kita minta maaf ngan orang sebelum bulan puasa,lagi elok..moga-moga amalan kita di bulan puasa tidak tergantung begitu saja.
Jom kita ubah persepsi ni..jangan ingat air pepsi plak..huahuahua.


Sabtu, 30 Jun 2012

KITA MAKIN KE DEPAN

Assalamualaikum..

Hewhewhew,lama betul tidak masuk kat sini.Adake pembaca blogg ini?Ayat  tidak mahu skema sesangat ,ok!Mesti,korang bagi pembaca lelaki tengok kat perut  ;-).Orang lelaki bila kedepan,perutlah yang maju dulu.Bukan nak cakap pasal perut,ok..

Sejak dalam perut(duk dalam perut 9@10 bulan),lepastu lahir,jadi kanak-kanak,remaja ,dewasa,tua lepastu kita meninggal.

Sedar tak sedar,apa yang kita kecapi,usaha...kejar ilmu,pangkat,duit ,itu semua makan bertahun-tahun.
Kadang-kadang kita tak perasan yang kita ni makin hampir ke penghujungnya.Ada yang sedar,ada yang tak:-(. Bila kita kejar,kejar kita dapat.Ada yang tak.Dapat tak dapat,kita haruslah syukur.Bila ada rezeki lebih,kan bagus kita buat makan-makan..;-) orangpun ingat kat kita..

Ada duit,kenalah tunaikan zakat,jangan ngelat..kan tak berkat hidup.Tapi orangni makin bijak.Upah orang tua,kanak-kanak jadi peminta sedekah.Kadang-kadang peminta sedekah ni dia terpaksa..kita yang tak jadi macamni haruslah syukur tuhan masih memberikan kita rezeki tanpa perlu jadi orang suruhan

Itu baru kat dunia,akhirat masih belum kita persiapkan diri dengan amal.Saya juga kadang-kadang lalai.Masa muda nilah kita nak belajar agama,bila tua-tua nak berjalan pun orang tolong pimpimkan.Bukannya masa muda kita enjoy,nanti tua-tua barulah belajar.Itu salah,ajal maut tak kenal usia..
Takut bila baca kisah bahwa,malaikat maut jenguk kita 70 kali sehari..


Isnin, 25 Jun 2012

KANGKUNG GORENG SEDAP

Assalamualaikum..

Saya sekeluarga bila makan nasi air kat luar,memang selalu akan order kangkung goreng ...kangkung goreng dia memang best,Rasanya letak taucu kot.Memang lepas makantu,hazab betulla..akan sendawa bau bawang putih.Angkat tangan siapa kat sini suka juga makan sayur kangkung?Memang kangkung tersangat best bila buat petis, rojak,letak dalam kuih macam ..lagi apa ek?


JOM BACA CERITANI..AGAK-AGAK MAKAN LAGI TAK?
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak
itu, namun diarhea nya tidak sembuh. 
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya
diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. 
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar. 
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.
Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Best Regards,
Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089                                ke kangkung yang tumbuh macam kat atas?


                               
                                  kalau macamni,takle kan?..



Lepasni,kalau makan kat luar,kena sentiasa ingatlahkan..yalah,peniaga kadang-kadang main belije..tapi segelintirlahkan..tak semua..ceritaini kredit kepadaAYUCINTA

Ahad, 24 Jun 2012

LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN

Diam tak diam,tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa.Bagi siapa yang belum gantikan puasatu,cepat-cepatlah ya.Kang kena ganti dan bayar fidyah.Tapi hukum Allah itu tidak membebankan manusia...hanyalah manusia yang membebankan sesama kita.Bagi orang yang uzur,sakit tenat itu semua tak perlu diganti puasa melainkan membayar fidyah.Kalau kita salah,tolong bagitahu ya.Banyak skang ni maklumat kita boleh tahu..hanya dihujung jarije.Kang ada plak,yang lurus dok tilik hujung jari:)

Nanti nak puasa,kita mestilah niatkan dulu.Kang puasa takde maknalah plak kan,betulke?
kita boleh nak niat untuk sebulanke,hari-harike..semuatu atas kita je.Tapi baik kita niat untuk sebulan teruskan.Tapi kalau korang dah angkat benderatu,kenalah niat balik ya;)
sini kita sharekan niat puasa untuk bulan puasa ya..Jom hafal bagi siapa yang tak ingat..bukan baca saja;)


                  niat untuk sebulan
niat puasa sebulan
                   Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
              
                   niat untuk harian
                    niat harian puasa ramadhan    Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

apa-apapun,terpulanglah korang nak niat puasa camnapun...nanti puasa bukan setakat  tahan nafsuje..hehehe




Jumaat, 22 Jun 2012

ADA BLOG?JOM AJAK BLOGGER LAIN SELAMATKAN PENYU

Bloggers, how many pledges to "Save a Turtle" can you get? profile image
Semua orang taukan gambar kat atastu penyu..abaikanlah walau itu gambar patung yang chumil ;)
 jom kita reramai bagitahu orang lain untuk selamatkan penyu.Seperti yang kita tahu,sekarangni penyu semakin pupus..
Hurm,nak tahu sebab apa?salah satunya kita telah mengambil telur penyu yang baruje ibu penyu bertelur..
kalau korang nak tahu,telur penyu tu orang ambil bukan nak 'peram'bagi keluar anak penyu..tapi orang makan
dedulu,kita pun pernah makan jugak..rasanya memang sedaplah berbanding telur lain,
kesian dekat penyu...dalam 1ooo ekor,lebih kurang 1 ekor je penyu dapat bertahan untuk hidup mencapai umur dewasa..
macamana penyu tak makin pupuskan?
bagi sesiapa yang suka makan telur penyu,ni ada sedikit maklumat yang berguna untuk korang..
telur  penyu mengandungi kolestrol yang tinggi,jadi siapa yang nak kena penyakit gout tu mudahler
lagi satu telur penyu mengandungi toksin,semua orangpun tahukan toksin itu bahaya?see ,ada lagi tak siapa yang kat sini nak makan?
jadi,untuk korang menolong penyuni agar makin bertambah,jom kita kempen selamatkan penyu
klik kat sini
 bagi siapa yang ada blog,jom kita pakat selamatkan penyu,manatahu nanti-nanti korang boleh dapat hadiah menarik ;)
ingat,klik kat ats tu untuk korang tolong selamatkan penyu..















 

HUKUM MAKAN TELUR PENYU

Assalamualaikum..

ingat sekali makan 'telur' yang bila dia dapat jadi seekor binatang yang macam tu...ee gelilah plak:)


    gambar dari berita harian..

masa dulu-dulu ,masa tidur rumah tokku(panggilan untuk datuk n nenek) 
diorang dulu pernahlah bagi makan benda alah ni..
rasa dia memang sedap :),kita makan je masa tu..lagipun kita kecik lagikan 
tak tau apa-apa pun.
tapi bila dah besar,tak pernah pulak pergi beli telur ni
tak teringin plak nak makan telur ni
kesian pun ada kat penyu ni..
yelah,ayam kalau dia bertelur,riuh sekampung suara ayam
tapi kalau penyu,dia senyap-senyap je lepas beranak ,lepastu pergi kambus taknak bagi orang lain tahu...:(
kita siap-siap pergi ambil plak..manusia-manusiakan
harga telur penyu ni mahal berbanding telur ayam ,itik..
tu apa yang kita tahulah:)
ada sesiapa kat sini pernah makan tak?


gambar belas kasihan dari pakcik google..


kesiannya dekat penyu..
peluang nak hidup nak jadi seekor yang dewasa 1 dari 1000
banyak sangat ancaman kepada haiwan ni..
jadi kepada kat luar sana tu..tak payahlah makan telurni..
banyak lagi telur lain yang boleh makan..:)
ada kajian telor penyu ni mengandungi kolestrol yang tinggi,hurm kan bahaya tu?
lagipun dalam telur tu mengandungi toksin...sah kalau makanni memang bawa penyakitlahkan..

dan tak lupa jugak kat bawahni kita selitkan hukum makan telur penyu:


sy ada bbrapa soklan:

1) apakah pandangan paling tepat berkenaan hukum telur penyu sedangkan setau sy penyu haram makan? atau ada konsep mana yang diaplikasi??

 Postby Abu_Umair »
1) Penyu itu sendiri ada khilaf, halal atau haram dimakan.
-Jika pendapat yang kata halal makan penyu, maka telurnya juga adalah halal. Kerana kaedah:

-Jika kita pegang penyu tidak halal dimakan, maka hukum telurnya pula dirujuk dalam masalah: hukum telur binatang yang haram dimakan; adakah halal atau haram.
Persoalan ini kami telah pun menjawabnya dalam soal jawab SJ-10-0057 : telur yg bole dimakan, jawapannya seperti berikut:


hukum makan telur haiwan yg tak dimakan

Dalam mazhab syafie, yg disahihkan dan dimuktamadkan ialah: HARUS makan telur haiwan2 yg tidak dimakan.

Sehingga mutaakhirin syafieyyah menjadikan sebagai dhabit (Kaedah), sebagaiman Suyuti berkata dalam al-Asybah Wal Nazair: "Tiada bagi kami (syafieyyah) telur yang haram dimakan. Cuma sesetengah kami mengecualikan telur ular dan telur serangga". (ms 690).

Dalil pendapat ini:

-Telur haiwan2 ini tidak dilihat sebagai jijik. Maka termasuk dalam kaedah syarak: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yg baik, dan mengharamkan ke atas mereka segala yg keji/buruk" Surah al-A'raf ayat 157.

-Telur2 haiwan yg tidak dimakan adalah suci. sebagaimana maninya juga adalah suci. Imam Nawawi mengatakan punca khilaf ialah adakah telur haiwan2 ini suci atau najis? Kalau kita kata suci, maka tiada khilaf bahawa harus dimakan.

Mazhab Hanbali pula mengatakan telur haiwan yg tidak dimakan HARAM dimakan. dalilnya:

-Kerana telur adalah satu juz daripada badan haiwan. kalau haiwan itu sendiri tidak dimakan, maka mana2 bahagian haiwan itu juga tidak dimakan. Dikuatkan dengan kaedah 'Al-Taabi' Taabi'", iaitu: Yg mengikut sesuatu, mestilah mengikut pada hukumnya.

rujukan: http://al-ahkam.net/home/index.php?name ... ic&t=33478

















Rabu, 20 Jun 2012

PENGACARA BARU JALAN-JALAN CARI MAKAN..

Assalamualaikum..
                     
sedar tak perasaan sedar dah masuk pengacara baru jalan-jalan cari makan.Hurm..cepatnya masa berlalu.pengacara sebelum ni memang best cara diorang cakap,rasa macam 'nak nak' je bila tengok dia makan.time shiha 'mentor' dan pasangannya,memang tak berapa best..mungkin masih 'green' lagi.harap dengan pengacara baru,program jalan-jalan cari makan akan lebih menarik .
Dan dengarnya Iqram Dinzly akan jadi pengacara baru mulai 1 julai ni.hurm,lepasni pakat dok tengoklah sebab pengacara 'nsom'..                        
                       jjcm 
                                  ni iqbal masa 'dulu'
                                
                                 shiha dan iqbal 'sekarang'

dengar khabar,Iqbal kata dia undur diri dari program sebab berat badan..
manakala,Shiha plak undur diri sebab kontraknya untuk 13 episod..
yang mana satu betul?takpe-takpe,kita layankan je.:)

p/s:harap lepasni ramailah yang kembali tengook siaranni















                              

Isnin, 18 Jun 2012

IKLAN TAK BERBAYAR>>

Berhemah...tak kiralah dalam apa situasi pun silalah berhemah.Berhemahni membuatkan hati kita tenang ,sebab kita sabar je>tak bermakna kita salah@kalah dan orang pun tak sakit hati dengan kita.
Begitu juga atas jalanraya,sikap ni penting sebab melibatkan nyawa.
Begitu juga situasi lain termasuklah bila kita berblogging!!Hurm,sekadar peringatan buat diri sendiri :)

NOVEL ALAF21@KAKI NOVEL @..?

Assalamualaikum..

Dalam kabinet tv ,banyak koleksi novel .Hurm,kalau dulu famous amos  dengan Alaf21,tapi inikan manusia sedangkan pantai boleh berubah...
Dari apa yang me perhatikan,sekarangni orang lebih suka kepada novel keluaran Kaki novel..mungkin ceritanya yang sedikit best.Tak me nafikan,novel Kaki novel best,tapi bagi me lahkan,takkira keluaran mana asalkan penulistu yang memang dah meletops.:)) Banyak sekarang kita boleh baca novel secara online,seperti tintaindah ,penulian2u.my ,ataupun blog-blog mereka.Cuma,ada yang best atau kadang-kadang biasa saja.Tak dinafikan juga ada juga novel yang biasa aje ...bila dapat yang macamni memang tak puashati.Tapi,itu dulu sekarang ni hobi baca novel dah berkurangan..sampaikan beli novel punyalah lama,habisnya belum lagi.Kadang-kadang baik baca yang online punya ,kadang ada jugak best berbanding yang beli...sesetengahje ya.
Selain daritu,me pun jimatlah duit:) tu paling suka.
Pasal hobikan,kadang best bila kita share dengan orang lain seperti membaca novel..sebab kita boleh ikut turn macam mingguni kita beli,lepastu dia..seronokkan.Kadang-kadang bila ada hobi,'dia' boleh releasekan kita punya tekanan atau saja-saja nak hilangkan boring..bukannya membawa kesan tak elokkan. Tapi itu semua atas kita punya hobilahkan.




                                                 dan jugak






Hobi ni dikongsi dengan kakak me..so banyak ni ajelah.Kalau gabung dengan dia ,mesti banyak lagi:))


Sabtu, 16 Jun 2012

BILA BADAN DIKUASAI...

Assalamualaikum..

Fuihh,bangun pagi-pagi terus buat kerja memang penatkan?Ni sebab anak-anak kot tutup suis peti..maka kejadiannya habis air batu dalam peti cair,maka tugas membersih dan mengemop siuminya.Dengan buat kerja rasa perut lapar tak minum lagi,mencabar minda betul.Cuma satu je yang me perasan,time badan kita letih,kita memang mudah nak marah-marah orang.Kadang-kadang time buat kerja,dalam hati dok potpet kat orang.Patutlah,kita tak boleh buat keputusan dalam keadaan diri yang tak stabil.Buat sape yang nak marahtu,cubalah kawal diri ya dari nak marah atau buat keputusan yang boleh menyesalkan diri korang di kemudian hari.


Moralnya,apa kejadah me dok potpet kat sini pagi-pagi?
Bye,by nak pergi makan dulu

Jumaat, 15 Jun 2012

HAMBA ABDI


  Sekali dapat peluang ,me akan pulun habis-habisan..bila lagi nak dapat   
 peluang nak berjimba-jimba depan pc kan?

Siapa taknak kayakan?hidup mewah,pakai pakaian ada class,naik kereta mewah.Hurm,rasanya takde siapa nak tolakkan?Orang kata tolak tuah ni bodohlahkan..tapi rasanya perlulah tengok atas situasi jugaklah kan."kau nak duitkan?jom kau buat kerjani,lepas kau settle aku bagi kau wang..."mudahkan?siapa taknak kan
Agak-agak apa kerja kita buat apa yang me tuliskan?Tentu semua dapat agakkan?jual dadah..kerja mudah,tak perlu belajar susah-susah,nanti dapat duit banyak,kalah orang belajar tinggi-tinggi.Hish,bodohlah sape tak pikir panjang sebelum nak buat kerja bodohni...
Tapi,tak semua orang 'nak' buat kerjani.Ada yang terpedaya,terperangkap ..sebabtulah kita kena lindungi diri kita  dan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.Sentiasalah bacakan ayat untuk melindungi diri kita

 jom kita pakat baca doani..walau pendek ,namun besar manfaatnya.Bacalah doani 3kali waktu pagi dan 3kali waktu petang.Akan terhindarlah si pembaca dari segala kejahatan baik dari manusia mahupun jin.
Buat siapa nak buat kerja bodoh tu,fikirlah banyak kali ..biarlah sejuta kalipun.Ingatlah orang yang tersayang..bukannya takde siapa yang tak sayangkan kita.Sekali kita ditangkap,besar harapanlah korang ke TALI GANTUNG.Ingat!!

HANTU ,HANTU,HANTU...

Assalamualaikum...

Huish,banyak betulya hantu ...tiap tiap khamis malam jumaat pasti menyeramkan.Lepas satu,satu korang jelma ek!Sampai me tak terlayan ,tak ingat nama-nama hantu tu.Kali ni hantu nama apa plak..haritu pocong.Sampaikan ada juga lagu tu macam rasa eei ,seram tau!Lagu nyanyian penyanyi indo tapi dah meninggal.Sape yang tau,memang akan tahu lirik dia tu semacam je! Penyanyi tu nama Alda Risma dari seberang..cara kematiannya tragis betul.Tajuk lagu Aku tak biasa..nyanyian tahun 1998.Alda mati tahun 2006 dengan kesan suntikan ditangan.kat sini cerita dia yang penuh lagu seram.Tapi jangan dengar waktu malam plak,kan tak boleh tidur  :))

Ahad, 10 Jun 2012

PERKARA MEROSAKKAN MINDA

Assalamualaikum..
Ni nak kongsi sikit tentang perkara yang boleh rosakkan minda kita.Jom baca dan ikut :))
1-sarapan pagi
   Ada antara kita kadang-kadang tak sempat nak breakfast sebab nak    
   cepat,adapula yang skip terus ke lunch.Itu tak elok bagi otak kerana
   otak menggunakan 25% tenaga drpd badan.Camna nak hasilkan tenaga kalau 
   paras gula dlm darah rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak
2-Terlebih makan
   Amboi,korangni..bila kata kena breakfast terus laju makankan.Bila makan 
   terlalu banyak aliran darah banyak akan dialirkan ke perut dan usus untuk 
   pencernaan..jadi secara langsung otak kita akan kurang aliran darah.Hurmm
   lepastu,mulalah rasa malas,mengantuk dan hilang fokus
3-merokok
   semua dah tahukan merokok memang merbahaya kepada kesihatan kerana 
   didalam rokoktu banyak racun dan boleh bunuh sel-sel dalam badan termasuk 
   otak
4-gula berlebihan
   Sesiapa yang suka manis takkiralah air yang manis ataupun makanan yang 
   manis..takpun air bergas agaknya bahaya untuk kesihatan sebab walaupun  
   rasanya manis biasa,tapi dia menggunakan ibu gula itu sangat bahaya tau.
   gula yang terlebih,dalam badan boleh menganngu penyerapn proten dan
   nutrisi dalam badan

Lagi perkara kat bawah yang disenarai pendekkan.Penat campur mengantuk pasal bangun awal uruskan anak-anak:


5-hidu udara yang tercemar
6-terlebih tidur
7-tidur dengan  menutup muka

8-kuRAng imaginasi
9-jarang berfikir
10-tidak baca al quran.

So,selamat mengamalkannya...


 

DEMAM ...BOLEH BIKIN TENSIONNI!!

Assalamualaikum..

siapa kat sini demam?cepat angkat keyboard..hehehe me pun demam tapi demam sakit badan.Nasiblahkan....tapi  nak tanya,siapa kat sini gila bola lebih-lebih lagi EURO 2012 yang sedang berlangsung di WARSAW.Maknanya,gila bola sampai kalau tak tengok bola korang boleh DEMAM BOLA?Tu memang melampaulah korangni.Bola,bola jugak tapi benda lain jangan abaikan yek!
Bercakap pasal bola,kenapalahkan orang yang suka main bolani lebih-lebih lagi yang sedang berlatihke,atau biasanya orang yang main kat kampung nikan,suka benarlah main masa dekat mahgrib..kanke lepastu masuk waktu nak sembahyang..ni mesti jadi solat akhir waktu:)).jangan wat acapkali tau,tak baik.
Kenapa bola,mesti ramai yang minat gila padahal banyak lagi sukan lainkan.Tapi,me pun minat tapi belum sampai 'demam bola' lagi.Kadang-kadang bila kita layan betul bola,boleh jadi tensionlahkan..lebih-lebih lagi bila kita sokong pasukan tu dia main ngan hampeh.Frustpun ada..tapi adatlahkan.Tak semuanya benda tu akan ada diatas,mesti ada masa akan ke bawah serupa jugak hidup kitakan.
 Dulu-dulu,seingat melahkan,bola pasukan negeri kelantan tak best mana diorang main..tapi sekarang dah okay yang membuatkan me tak ketinggalan berita-berita pasal perlawanan.Dunia semakin maju,tak semestinya kita perlu pergi kat situ baru kita tahu maklumat.Biasanya,sokernetlah me tahu pasal bola yang sedang dan akan bermain.Sekarang,memang minat betullah kat sepak bola bila pasukan negeri kelantan bermain:))
 

Selasa, 5 Jun 2012

DUNIA AKHIR ZAMAN???

Assalamualaikum..

Sekarangkan,sekejap panas sekejap hujan sekejap mendung sekejap panas balik,memang pelikkan.Dunia akhir zamankan.Sebut dunia akhir zamanni,adakah kita dah bersedia dari segi amalan?Tuan punya blog,InshALLAH akan jadi yang lebih baik dari sebelumni.
Sebut pasal cuacakan,sekarangni kalau panas memang akan panas yang amat,boleh ganggu baby.Disebabkan itu,hewhewhew tuan punya blog telah beli aircond untuk kegunaan sekeluarga.Survey punyalah baik,pilihlah satu tempatni,kedai KEMUDI TIMUR kitaorang pilih.HUhuhu,kecewapun ada tapi mungkin rezeki kami camtu.Kitaorang telah terpengaruh dengan banner yang digantung tu.Bayarlah dulu harga aircond tapi aircond mau lagi semingggu dapat.Tapi takpelahkan sebab janji murah .Hubby pilih brand Mitsubishi.Seminggu lepastu,kebetulan lalu satu kawasanni adalah kedai elektrik dan aircond Mitsubishi.Hubby pun singgah dan try tanya harga.Certeka-certeka?Kat sini lagi murah tau.Mujur adalah jugak hadiah percuma,tapi itu dari MITSUBISHI ,bukannya dari KEMUDI TIMUR..Kalau beli dekat tempat yang murahtu,pun dia akan bagi free gift dari MITSUBISHI.Frust,tapi reda ajelah.Dah mungkin rezeki kami camtu.

P/s:LAI KALI JANGAN CEPAT TERPENGARUH DENGAN SESUATU..

Ahad, 3 Jun 2012

APA BEZA DULU DAN SEKARANG?

Assalamualaikum..

Apa beza dulu dan sekarang?Dahulu saya cute,sekarang lagii cute.Ops,bukanlah..dulu dan skang ni nak cakap pasal  kelantan.Apasal kelantan?Yalah,dah ni negeri tuan punya blog.Dulu kelantan tak banyak kedai@bangunan,sekarang banyak dah bangunan.Tu tak bermakna Kelantan mundur zaman-zaman dulu,ok!Mungkin dahulu,kelantan tengah dok menyimpan duit banyak-banyak untuk buat banyak bangunan.Betulke?entahlah.Ni pendapat je.Sekarang ,banyak dah bangunan2 dan deretan kedai yang berniaga.Melayu,cina,india semua dok pakat buat bisnes je skang.Ibarat macam tumbuh cendawan lepas hujan.Kiranya,yang baru buat bisnesni dah makin ramai,sampai bisnes yang lama >maknanya kedai yang lama pun makin takde.Issh,kenapa boleh terjadi camtu ek?mungkin persaingan terlalu kuat kot.Patutnya,bila dah berbisnesni kita perlulah keluarkan idea yang lebih kreatif untuk tarik pengunjung kekedai kita.Ataupun,ubahsuaila bagi cantik sikit kedai tu bagi orang lain macam ada perasaan nak pergi situ.Bangunan yang kat luar tu bagilah sikit cat..macam kita bila dah mekapkan lagi cantik.Tak perlulah robohkan bangunan yang lama,sebab macam dah ada nilai bangunantu.Lepasni,tak payah pergi jauh-jauh dah,sebab yang dekat dah ada.

DAH 100 TAHUN PUN

Assalamualaikum..

**Krup,krup,krup...itu bunyi perut orang lapar.Makan apa yang best ek memalam buta ni?maggie,biskut,nasi goreng ,mee goreng...minum air milo jelah?Ke biarkan aje.Krup,krup,krup...ish bunyi lagi perut ni...**

Dan tak lupa jugak salam satu malaysia..apa khabar pengunjung blog umirdam?Ada ke?Tapi,takpe..me nak potpet je kat sini hewhewhew.Malam-malam macamni mesti laparkan kalau kita makan sejak tadi lagi.So,apa cadangan korang?Ingat!!!kita hidup untuk makan,bukan hidup untuk makan.Kadang-kadang me pun bantai je makan.Tapi,tahulahkan makan makanan yang berat memang tak elok untuk kesihatan.Makan biskut cicah air nescafe ....slurpp,sedapnya, buahke,takpun yogurt buah -buahan pun cedap..takpun minum air Milo,ataupun minim susu Nespray je. Bercakap pasal makanan kat atas,NESTLE telah lama menemani kita,tak kiralah mak kitake,nenek,moyang...paling mudahpun kita..sejak kecil lagi kita telah terbiasa dengan product NESTLE.Anak me pun time me malas@tak rajin nak buat stok bubur nasi untuk baby tecit..memang selalu akan guna bijirin nestum.Anak me paling suka nestum buah prune dengan nestum apaek?yang ada tulis kat kotak ayam..ke ayam je?Sedar tak sedar dah100 tahun NESTLE menemani kita.huhu lamakan?Sememangnya,kita dan NESTLE dah macam ibarat air dicincang takkan putusnya atau bagaikan aur dengan tebing..tapi tak kisahlahkan janji maksudnya kita faham.Me paling suka minum air milo ais yang kawkaw rasa milo...orang kata nak * tumpah kemananya kuah kalau tak ke nasi*sama jugak anak yang nombor 2 suka macam me jugak.Masa kecik plak,suka makan roti letak milo..best tau!!

Jumaat, 1 Jun 2012

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..

Assalamualaikum..

perasaan ni datang tengah-tengah malam..tiba-tiba je terdetik dihati..kalau kita rindu dekat seseorang kita jumpa paling tak pun call,kalau orang sakit,kita boleh ziarah dan jumpa dia..tapi kalau seseorang tu dah meninggal,kita hanya boleh sedekahkan ayat-ayat AL-QURAN aje.Lepastu,terbayanglah pulak,camna kalau kita kehilangan orang yang begitu special sekali...ya ALLAH ,mampukah aku terima dugaan ini,ke mana-mana terbayang wajah dia aje.Perasaan ni datang ngan sendiri..terlalu berat ujian ini lebih-lebih lagi bila kita bergantung kat suami aje.Perlunya kita sediakan payung sebelum hujan supaya dapat membantu kita di kemudian hari.Insuran islamik seperti TAKAFUL IKHLAS dapat membantu kita, bila kita@orang tersayang terlibat dengan kemalangan.Walaucamanapun, jiwa kita kena kuat dan kena reda atas ujian yang tertulis buat kita.Baru-baru ini,kawan lama kita dah kembali kepada sang pencipta..masih muda lagi baya kita aje.Ibuayah masih ada lagi tapi dah kehilangan anak..moga sesiapa di luar sana yang terjadi ap-apa musibah reda dan ikhlas kerana ALLAH uji mengikut kemampuan kita.Sesiapa kat luar sana tu,yang gaduh-gaduh tu tak payahlah nak gaduh lagi..nanti kalau dah takde nyesal plak.SAYANGILAH ORANG YANG TERSAYANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG-boleh tak?

Khamis, 31 Mei 2012

RODA-RODA KUALA LUMPUR......


Roda-roda kuala lumpur ....ternyanyi kejap lagu cerita tu.
Hidup kitekan umpama roda.Sekejap di atas sekejap di bawah.Tak perlulah nak sombong tak bertempat,nanti bila kita di bawah tiada siapa yang di atas nak hulurkan tangan.Me takdelah nak tujukan kepada sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri jugak:)) Kadang kita lupa,adakalanya kita 'sombong' sekejap dengan orang tue,tuptup dia yang tolong kita.Masa ni mulalah rasa serbasalah tidur pun tak lena .Kadang orang tue sombong ngan kita,mulalah kita rasa naik  sampah menyampah kat orang tue.Lepas tu mulalah sesi nak berbalas dendam.Takpe ini hari kau,esok-esok taulah kau Haish,manusiakan rambut sama warna,tapi hati lain-lainkan.Payah kiter nak duga hati orang lainkan?..

Bila berblog tentang anak...

Assalamualaikum..


 Hewhewhew lama me tak berblog..kebusyan melanda dengan tugas-tugas yang bertambah.Orang yang dah kahwin ada lagi anak-anak   bilis kecil,memang payah nak bahagikan masa.Respect betulla ngan blogger-blogger otai yang punya kekangan masa tapi still berblog setiap hari.Orang kata tuah ayam nampak dikaki tapi,tuah  manusia tiada siapa yang tahu..sudah rezeki Nazmi Faiz dapat bermain dengan kelab luar dan khabarnya dapat bayaran bulanan yang lumayan jugak.Hurm,harap bila berada   di atas ,janganlah lupa segala-galanya..kerana DIA kita berjaya.








Inilah anak me yang ke 3,yang selalu kacau masa yang dah sedia tak berjalan ok :)) jangan marah baby ek..umi gurau je.Paling suka bila anak kecil tenyum,time tu rasa nak gigit jew..tipulah dah gigitpun.
Meh tengok plak time dia jadi bolatt

Time ni rasa nak peluk ketat-ketat..hahaha inilah istimewanya ada anak,Dia penyeri hidup kita time kita tak happy.Iya kan..

 Tapi,janganlah lupa plak nak dapat baby yang sihat,kita kenalah makan makanan yang berkhasiat.Jangan tibai semua je,nanti dapat sakit lain plak.Kebetulan time me tulis ni ada satu iklan pasal susu ANMUM Materna yang telah diperbaharui..for me susu ANMUM MATERNA yang paling sedap berbanding susu materna yang lain.Tapi lain orang lain rasanyakan?.Selain daripada tu,janganlah stress time preggy nanti anak tak aktif.Yang susah hati,kita jugak.Ni cuti sekolah ,mesti banyak majlis kahwin kita pergi..jangan makan yang berminyak,berlemak and so on plak dgn banyak..TAUKAN ???
Anmum Materna








Selasa, 29 Mei 2012

ADAKE CAMNI PUNYA ORANG?

Ada ke patut seorang pemimpin beragama islam yang mengakui malaysia agama rasmi islam yang katanya memperjuangkan islam mengundang artis luar untuk pengisian  rohani para belia...patutnya pemimpin kita berfikir dulu kesan kalau kita mengajak artis itu untuk membuat persembahan.Bukan itu yang sepatutnya anak muda kita dapat..patutnya dengan pengisian yang islamik.Bukan boleh pahala pun,dosa lagilah dapat.Kau buat,kau akan tanggung nanti kat akhirat.Me harap,siapa-siapa yang di luar sana tu bukalah mata untuk menilai siapa yang sebenar-benarnya layak untuk memimpin kita...perlu diingatkan pemimpin seharusnya memimpin kita kearah akhirat ,secara automatiknya memimpin kita di dunia.Janganlah kita pekakkan telinga butakan mata hati kita untuk menerima ajaran islam yang sebenarnya.Kita hidup bukan di dunia,malah di akhirat juga.Janganlah kita menerima bala baru nak berubah..masa tu kita tak tahu bala apa yang akan kita hadapi.Sesungguhnya,azab ALLAH itu amatlah seksa .Oleh itu,berubahlah kita kearah kebaikan.

Isnin, 28 Mei 2012

Dulu lain sekarang dah lain ..

Banyak pula citer di pagi ni yg nak dikongsi.Sesiapa yang nak pergi wakaf che yeh,fikir 2 3 kali ok.Sebabnya,harga barang kat sana dah mahal kadang-kadang kalau kita beli tempat lain lagi murah.Kalau kita bawa orang bukan kelantan,memang dia akan bagi harga yang betu-betul kawtim punya.Macam terjadi dekat anak saudara belah hubby,dia orang luar...nak jadikan cerita harga baju yang nak dibelitu dia tulis rm10,tapi sebabkan anak saudara tu orang luar dia jual harga rm40.Ha,amik kau..pesanan kat sini,pasar wakaf che yeh tak serupa dulu-dulu dah.Buat peniaga kat sana,janganlah jual barang dengan harga mahal,sedangkan barang tu kalau beli dekat lain murah lagi.

Ukur baju dibadan sendiri...

  
 




  Assalamualaikum..


Ini bukannya tajuk untuk kita belajar menjahit..tapi itu adalah ayat yang kita acapkali dengar-ayat terlalu skemake?hewhewhew...hurm,pepatah melayu memang terlalu dalam maksudnyakan?boleh 'pergi banyak cabang'kan?pertama-tama kalinya kita nak cakaplahkan...dah memang tajuk macamtu,kitani bila jejalan kat mana-mana asyiklah terlihat orang pakai tak cukup kain.Tapi,kalau dia bukan islam,itu lain ceritalahkan.Me bukan nak tunjuk baik...sekurang-kurangnya pakailah pakaian yang sopan sikit.Sebab,kita mencerminkan diri kita.Lebih-lebih lagi nama kita punyalah islamik.Kalau kata tak mai hidayah lagi,kitala yang kena carinya,benda ni takkan mai sendiri..macam kita nak makanlah,adake dia mai sendiri?Biar terpaksa lama-lama kita akan terbiasa..dan hidayah akan datang  meresap ke dalam jiwa kita..INSHAALLAH.Korang mesti akan kata macamni,alah orang pakai tudungpun ada yang buat maksiat.Ya,betul tapi kita bila sentiasa niat kerana ALLAH,inshaALLAH tuhan pasti lindungi kita.P/S:Tak cukup kain tu termasuk skali ngan kepalala  :)) Nak kata kolot bila berpakaian menutup aurat,seriously sekarang ni dah berlambak orang jual pakaian 2yang cantik giler walaupun kita masih menutup aurat.

Yang kedua pulak..kita kenalah sedar diri sikit."eh,aku memanglah dah sedar diri"yake?:)tapi bila keluar gambar ni lepas google,serius lawaklah jugak 



kredit macammacamhal.com


 

Khamis, 24 Mei 2012

Apa itu sold.my

Exciting deals at Sold.my! Enjoy popular products at 80-90% off!!!




 Bebehari yang lepas,en.somi ada beli paper,baca baca punyalah baca ternampaklah dua pages pasal
 sold.my.Menarik bagi me sebab kita boleh beli barang dengan amat murah,tapi......kita mestilah register dulu kat situ.Barang kat situ kita mestilah membida dulu.Ada beberapa syarat sebelum kita nak bida.Tapi,kena pastikan kita ada akaun online macam cimb click atau kad kredit.Hurmmm,menarikkan ..tapi kita tak pandailah nak bida bervida:)) Perasaan teruja ada sama dengan keinginan.Huh,bestkan.Ni cuti sekolah,mesti ramai yang akan buat majlis macam bertunang @kahwin atau sambutan harijadi,mesti nak guna hadiah atau barang,apakata try dengan sold.my.Kalau ada rezeki,bolehlah kita,tapi kalau tak....:)) Buat sesiapa yang nak ke mana mana atau nak buat apa,moga selamat semuanyaya.Mulakanlah setiap perbuatan kita dengan lafaz basmallah.

Malang tidak berbau

Salam...selamat pagi di hari khamis.'Malang tidak berbau'..ayat tu kita acapkali dengarkan..tapi itulah hakikatnya...memang kita takkan terbau atau terhidu bila musibah akan berlaku...sama jugak bila kejayaan kita akan datang.Itu sebab orang tua-tua ada pesan waima sahabat-sahabat nabi*dalam penceritaan 12 sebab kita kena kejutkan orang*ni salah satunya 'jangan tidur di awal pagi'kerana rezeki dibahagi-bahagikan masa itu.Sama jugak nasib malang akan berlaku...sedap-sedap kita bertempuk tampar orang*BERGEMBIRA*kita mana tahu lepas ni kita atau orang lain akan menemui musibah atau sampai ajalnya.Punyalah macam katak bawah tempurung tuan punya blog ni,baru terbaca berita pasal kereta LANCER VS INSPIRA ...moga rohnya tenang di alam sana.Kalau boleh,ingat-ingatlah orang yang tersayang masa memandu ,ini kerana perbuatan kita akan menerima kesan kepada kita atau orang lain.Tapi apa yang me faham,tuan punya kereta inspira yang 'mencucuk'kereta lancer..tak dapat nak bayangkan bila kita lihat kemalangan tu.Arwah tu telah meninggalkan anaknya yang baru berusia 6 bulan...semoga keluarga arwah tenang dan menjaga seorang bayi yang sudah bergelar anak yatim piatu dengan kasih sayang.Ya Allah,lindungilah bayi itu agar dia dapat membesar dengan baik dan menjadi orang yang beriman.Kita pula macamana kisah perjalanan hidup kita?Sempena di bulan Rejab ini,perbanyakkanlah istighfar kita dan lakukan solat sunat agar berolah manfaat yang telah dijanjikan oleh ALLAH...
Nak baca kisah tu klik kat sini>blogkongsakongsi

Rabu, 23 Mei 2012

^^Bila kehendak menjadi keperluan^^

pikir macamane mau cari duit manyak ooo.....
Korang ada tak macam apa yang me cakapkan? Kalo dulu-dulu mungkin ianya hanyalah kehendak tapi bila masa makin ke depan mungkin akan merubah situasi..tak caya,cer ingat balik sekeliling kiter.for me,tajuk kat atas tu merujuk kepada belajar memandu ,ikutlah belajar memandu apapun.Bagi diri tuan punya blog,belajar bawa motorsikal dah pandai cuma kena belajar bawa kereta plak.Anak dah 3 orang plak tu ada sorang yang masih kecil ,memang menuntut diri kite pandai bawa kereta.Kalau jadi apa-apapun,mudah kita nak handle situasi.Lagipun,buat apa nak tangguhkan masa belajar memandu kalau kite dah boleh belajar,lagipun yuran makin lama makin naik.Itu semua akan sebabkan kite keluarkan duit laaagi banyak ooo...kali ni nak belajar ngan abe ipar ,die cikgu memandu kat kotaraya   .Korang just cklick ju kotaraya kalau nak tahu info-info pasal tu.                                                                                                                                                                                             

Selasa, 22 Mei 2012

Rambut sama warna,hati pedal lain-lain


pisang goreng yang enak.

 Rambut sama warna,hati pedal lain-lain...apa kaitan ngan entry?ada...ni nak kamu semua tahu bhwa cara ajal kita lain-lain setiap orang ,that means kita mati sebab ape walaupun sudah sampai masanya..ada sesetengah orang meninggal kerana tak cukup makanan,tak cukup gizi tapi kita pulak terlebih makan adelah hua,hua,hua...termasuklah saya.Kadang-kadang insaf kejap lepas habis makan tapi sekejap aje.Lepas tu tibai plak air manis yang sejuk.Hurm,best tak ingat dunia.Air masak kurang minum.Godaan syaitan telah berjaya menghasut diri kita untu makan,makan dan makan  tanpa rasa bersalah.Betul sangatlah tu..alasan taknak diri dipersalahkan.Itula sebab,orang lain mati kadang-kadang pasal tak cukup makanan,tapi kita?Takkan  kita nak jadi seperti sebelah..cute tapi sadislah plak cara kucing tu mati..kalau kucing boleh mati camtu,kita?
Gambar kucing gemuk
cutekan?










salam geng....mekasih yo sebab sudi baca blog ni.Pertama kali takde apa-apa nak tulis sangat sebab takde idea,ini kiranya mukadimah dulu ye...^^petang tadi ada masuk blog en BENASHAARI pasal  BUBBLES TEA.lihat tu uish,menggugat iman nak jugak try..kalau kat kota bharu yang femes coolblog je.nanti kalau ada kat kota bharu wajib dicoba..awak-awak semua dah try ke bubbles ni?