klik untuk lebih hebat!!

Isnin, 2 Julai 2012

ULSER MULUT DAN HIKMAHNYA..

mouthulser Petua Ulser Mulut
macam nilah bentuk ulser

            Dua tiga hari ni,suami saya mengadu sakit ulser di pipi.Rasanya berdenyut-denyut.Katanya,dalam banyak-banyak kali naik,yangni paling sakit betul.Saya rasa,semua orang dalam hidup mesti kena sekali ulser ni.Ulser,mata ikan  atau lompangan tu semua merujuk pada benda yang sama
.Ulser ni dia berwarna putih,tapi akan berubah ke warna kuning bila ada nanah.Sakitnya yang amat sekali,sampai nak makan pun takde selera.Dengan kita -kita sekali takde selera sebab makan makanan sama macam orang sakit ;-) Tapi jangan risau ,dalam2,3 minggu benda ni akan sembuh jugak.Tapi,kalau tak sembuh juga,baik jumpa doktor.
Diantara sebab yang menyebabkan ulser adalah kecederaan lapisan nipis dalam mulut,terkena air panas,perubahan hormon,kurang vitamin B12,asid folik,zat besi dan juga stress.Agak-agak,suami saya pasal apa terkena ulser?
Tapi jangan bimbang,banyak petua yang dapat merawat ulser.Tapi suami saya cuba berkumur dengan air garam.Nak letak garam kat ulser tu, rasanya memang taklah.Boleh jugak letak bonjela.Kalau boleh,makanan panas,pedas tu elakkanlah dulu.  Banyak sebenarnya lagi nak rawat ulser.Boleh letak marjerin dekat ulser.Yang ni memang tak sakit.Boleh juga letak sedikit asam keping dekat situ.Kumur dengan ubat kumur macam listerine.Sakit camnapun,gigi kena digosok dan jaga kebersihan gigi.Kang,bonjela letak,kumur ngan air garam,tup-tup gigi tak gosok.
Bila jadi camni,aktiviti mulut pun berkurangan Secara tak langsung,kita akan bercakap apa yang perlu.Dapat mengelakkan daripada mengumpat pasal orang...hurm,ada hikamah sebenarnya.:-)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan